Kiriman pada: Wed, Dec 30th, 2015

BANJIR DI KUALA KRAI SURUT, KESEMUA 46 MANGSA BANJIR PULANG

Kongsi maklumat ini
Tags

nrsjKuala Krai – Keadaan banjir yang melanda Kelantan khususnya di jajahan Kuala Krai semakin surut dan kesemua 46 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Krai Muhamad Hanif Omar berkata 39 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Ghucil 7 di sini yang ditempatkan di Dewan Pejabat Veterinar Kuala Krai dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 11 pagi.

“Begitu juga dengan tujuh orang daripada sebuah keluarga dari Kampung Olak Jeram yang ditempatkan di Madrasah Mesek telah dibenarkan pulang ke rumah 11 pagi,” katanya kepada Bernama di sini.

Muhamad Hanif berkata kedua-dua pusat pemindahan banjir itu kini ditutup.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.