Kiriman pada: Tue, Dec 29th, 2015

Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan bertambah

Kongsi maklumat ini
Tags

BANJIR / SG KELANTANKUALA KRAI: Jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan Dewan Veterinar, di sini, meningkat kepada 14 keluarga berbanding 11 keluarga, malam tadi. Berdasarkan portal eBanjir sehingga jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 47 mangsa berbanding hanya 36 mangsa setakat jam 7 petang semalam. Jumlah itu membabitkan 28 dewasa dan 19 kanak-kanak. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Krai, Zulbahri Ibrahim, berkata jumlah mangsa bertambah kira-kira jam 1 pagi tadi apabila tiga keluarga membabitkan 11 mangsa datang sendiri ke pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.