Kiriman pada: Wed, Jul 22nd, 2015

Bank Di Greece Mula Di Buka Semula

Kongsi maklumat ini
Tags

4070159093Athens, Greece – Bank Greece dijadualkan dibuka semula selepas ditutup hampir tiga minggu kerana negara itu bergelut dengan krisis hutang dan kewangan.

Kerajaan dalam satu perintah undang-undang yang dikeluarkan kelmarin, meletakkan had untuk pengeluaran tunai harian pada AS$65 (RM251), tetapi menambah had pengeluaran sehingga AS$455 (RM1,731) seminggu.

Pelanggan bank masih tidak dapat menunaikan cek dan hanya perlu mendepositkan ke dalam akaun mereka.

Pindahan modal ke luar negara dengan kad kredit atau tunai juga disekat, selain tiada akaun baru akan dibuka atau sebarang proses mengaktifkan akaun yang tidak aktif akan dilakukan.

Penutupan bank selama tiga minggu itu dilaporkan turut menyebabkan negara mengalami masalah ekonomi hampir AS$3.3 bilion (RM13 bilion). – Press TV

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.