Kiriman pada: Wed, Jan 27th, 2016

BANK DUNIA YAKIN PROSPEK EKONOMI MALAYSIA KEKAL POSITIF

Kongsi maklumat ini
Tags

hjhfKuala Lumpur – Bank Dunia yakin prospek ekonomi Malaysia kekal positif tahun ini dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK sekitar 4.5 peratus.

Menurut Pakar Ekonomi Kanannya, Rafael Munoz Moreno, perbelanjaan domestik akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Senada dengan pendapat itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kepimpinan dan Strategi Asia, ASLI, Tan Sri Michael Yeoh.

Beliau optimis ekonomi negara mampu berdaya tahan meskipun berdepan cabaran penurunan nilai ringgit dan kejatuhan harga minyak mentah yang mendadak.

Jelasnya apa yang penting pertumbuhan dalam sektor ekonomi utama negara berterusan.

Beliau ditemui media selepas menjadi panel pada sesi pertama Persidangan Tinjauan Strategik Malaysia kali ke-18.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.