Kiriman pada: Fri, Jul 24th, 2015

Bank Negara Cari Dua Orang Untuk Bantu Siasatan 1MDB

Kongsi maklumat ini
Tags

FB Bank NegaraKuala Lumpur – Bank Negara mencari dua bekas kakitangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk membantu siasatan berkaitan syarikat pelaburan negara itu.

Mereka ialah Casey Tang Keng Chee, 50, alamat terakhir, 112, Jalan 5/149G Taman Seri Endah, 57000 Kuala Lumpur, dan Jasmine Loo Ai Swan, 42, alamat terakhir 25, Jalan Seri Beringin 2, Damansara Heights, 50480 Kuala Lumpur.

“Kami perlukan mereka untuk membantu siasatan berkaitan 1MDB mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (membabitkan urusan dengan orang tertentu dan dalam mata wang terhad),” kata seorang jurucakap yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Mereka yang mengetahui di mana kedua-dua orang itu berada boleh menghubungi Bank Negara di nombor 03-26988044 sambungan 8554/7610 atau membuat laporan di balai polis berhampiran.

Notis mencari dua orang itu disiarkan di laman web dan Facebook Bank Negara hari ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.