Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

Bank Rakyat Sasar Pembiyaan Peribadi-i Meningkat

Kongsi maklumat ini
Tags

nhxmhKuala Lumpur – Bank Rakyat Bhd menyasarkan pembiayaan peribadi-i nya meningkatkan sebanyak 20 hingga 25 peratus tahun ini berbanding 1.3 bilion ringgit yang direkodkan tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Md Khairuddin Arshad, fokus akan diberikan untuk meningkatkan pembiayaan bagi syarikat-syarikat swasta.

Setakat ini 90 peratus daripada portfolio pembiayaan peribadi-i Bank Rakyat terdiri daripada kakitangan awam.

Beliau ditemui media selepas majlis penyampaian hadiah kempen realizing dream dan pelancaran hab pasukan jualan Bank Rakyat.

Penubuhan hab pasukan jualan ini merupakan salah satu strategi bank itu untuk meningkatkan penembusan pembiayaan peribadi dalam syarikat-syarikat swasta.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.