Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

BANK RUGI RM400,000 DALAM KEJADIAN ROMPAKAN DI MELAKA

Kongsi maklumat ini
Tags

gxmjfAlor Gajah – Sebuah bank di Pulau Sebang di sini kerugian kira-kira RM400,000 dalam satu kejadian rompakan yang berlaku pada malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Muhamad Ismail Muhamad Yusuf berkata dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, suspek merompak beg berisi wang tunai yang sedang dipunggah seorang pengawal keselamatan berusia 30-an.

“Siasatan awal melalui kamera litar tertutup mendapati pegawal keselamatan itu sedang memunggah beg berisi wang tunai untuk dimasukkan ke dalam van syarikat keselamatan terbabit.

“Kemudian didapati sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran palsu berhenti di belakang van berkenaan sebelum seorang lelaki keluar dari kenderaan itu dan mengambil beg tersebut,” katanya beliau.

Beliau berkata kenderaan Toyota Hilux itu kemudian terus menuju ke arah Tampin di Negeri Sembilan dan pengawal keselamatan tersebut tidak cedera.

Muhamad Ismail berkata semua enam pengawal keselamatan yang terlibat ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi pihak polis dengan segera bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.