Kiriman pada: Wed, Nov 25th, 2015

Banyak Kes Keganasan Terhadap Wanita Tidak Dilaporkan

Kongsi maklumat ini
Tags

ndfkAlor Setar – Banyak kes keganasan terhadap wanita di Kedah tidak dilaporkan berikutan kurangnya kesedaran masyarakat terutamanya golongan wanita itu sendiri mengenai konsep sebenar keganasan.

Menurut Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat Negeri Datuk Suraya Yaacob , ramai tidak memahami soal keganasan terhadap wanita selain bimbang pandangan negatif masyarakat.

Beliau ditemui selepas melancarkan Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2015.

Bagi memastikan wanita tidak bersendirian dalam menghadapi isu ini, mangsa boleh mendapatkan rawatan komprehensif dan berpusat di 129 One Stop Crisis Centre (OSCC) di hospital-hospital kerajaan seluruh negara.

Di Kedah, kata Suraya, terdapat dua OSCC iaitu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani, yang menempatkan pegawai-pegawai wanita bagi membantu mangsa.

Sebelum ini kebanyakan wanita berhadapan kes keganasan malu ke balai polis atau hospital kerana pengendali kes mereka terdiri daripada golongan lelaki.

Tetapi, katanya, dengan adanya kaunter OSCC ini, mangsa boleh membuat laporan polis, menjalankan pemeriksaan dan mendapatkan khidmat kaunseling hanya di satu lokasi berpusat dengan bantuan pegawai wanita.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.