Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

Bapa tiri pelajar putus kaki tuntut hukuman setimpal

Kongsi maklumat ini
Tags

DIGILIS LORI / SABAK BERNAMSABAK BERNAM: Bapa tiri kepada pelajar Tingkatan Satu yang putus kedua-dua kakinya akibat digilis lori di sini semalam, mahu tindakan diambil terhadap pemandu yang terbabit dalam kemalangan itu. Roslan Sardi, 40, berkata kedua-dua pemandu kenderaan terbabit perlu bertanggungjawab terhadap kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu yang menyebabkan kaki Siti Nuraisyah Sahrin, 13, putus dari paras bawah lutut. Siti Nuraisyah terjatuh ke atas jalan selepas motosikal diboncengnya dikatakan bergesel dengan sebuah kereta yang cuba memotong motosikal ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14. Kejadian ketika pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Parit 16, Sungai Panjang. Sebuah lori dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu menggilis kaki Siti Nuraisyah yang tercampak di atas jalan. Kakak tirinya yang tercampak ke kiri jalan bagaimanapun hanya cedera ringan dan terseliuh kaki kanan. “Pemandu lori dan kereta itu seperti mahu membunuh anak saya, langsung tidak bertanggungjawab selepas langgar mereka. Pemandu terbabit perlu terima hukuman setimpal dan bertanggungjawab terhadap nasib anak saya yang hilang kedua-dua kakinya. “Luluh hati saya melihat Siti Nuraisyah duduk di tengah jalan dalam keadaan kedua-dua belah kakinya terputus, manakala kakaknya pula masih trauma,” kata Roslan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, berkata pemandu lori berkenaan sudah membuat laporan polis pada jam 12.45 tengah malam tadi, manakala suri rumah yang memandu kereta membuat laporan pada jam 1.30 pagi. Beliau berkata, kedua-dua pemandu itu tidak ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.