Kiriman pada: Tue, Aug 25th, 2015

Barangan Antik Edisi Merdeka 1957 Koleksi Kesayangan

Kongsi maklumat ini
Tags

ANTIK MERDEKAKuala Lumpur – Sesetengah orang berpendapat barangan lama cuma menghimpun habuk serta membazir ruang, namun bagi pengumpul barangan antik tegar, Victor C.P. Tan, barangan lama menyimpan sejarah tersendiri yang tidak ternilai harganya.

Antara koleksi kesayangan yang disimpan oleh beliau ialah gelas edisi Merdeka 1957 keluaran Kerajaan Malaysia 58 tahun yang lalu, memaparkan jata negara dan slogan “Hiduplah Malaysia Merdeka” yang kini hanya terdapat dua biji sahaja dalam simpanan Tan.

Gelas edisi Merdeka 1957 itu kini dijual sekitar harga RM250 sebiji disebabkan nilai sejarahnya, kata pengumpul barang antik berusia 62 tahun itu..

Selain gelas edisi Merdeka 1957, terdapat beberapa lagi barangan yang memiliki umur yang sama seperti majalah, buku, pembaris, cermin muka, dan juga setem yang telah dijual kepada pengumpul dari dalam dan luar negara.

Pemilik kedai barangan antik Kota Pinang Enter-prise yang terletak di Pasar Seni di sini, berkata beliau memiliki minat untuk mengumpul barangan lama sejak zaman remaja dan pergi sendiri untuk mencari barangan antik di seluruh negara.

“Biasanya saya pergi sendiri mencari dan mengumpul barangan lama di seluruh Malaysia dan turut menghantar sendiri barangan yang dibeli oleh pelanggan di seluruh Malaysia”, kata Tan semasa ditemu ramah Bernama.

Tan berpendapat setiap barangan antik mempunyai nilai sentimental tersendiri, tidak kira besar atau kecil, mahal atau murah namun yang penting masyarakat perlu rajin mengkajinya dan menghargai sejarah.

“Ramai orang dari luar negara datang ke kedai saya untuk mencari barangan lama kerana mereka tahu nilai barangan tersebut di masa akan datang.

“Sekarang saya jual RM500, 50 tahun akan datang berapa agaknya harganya”, katanya yang turut memiliki kedai menjual barangan antik di Pulau Pinang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.