Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

Barisan Kabinet Baharu Boleh Pacu Kemampuan Kerajaan Berkhidmat

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata barisan Kabinet baharu perlu bertindak sebagai satu pasukan untuk memastikan kerajaan mempunyai kekuatan dan kesepaduan bagi memberi tumpuan pada pelan pembangunan untuk Malaysia dan menghadapi cabaran semasa.

Katanya beliau percaya barisan Kabinet baharu akan memacu kemampuan kerajaan untuk melaksanakan janji-janjinya yang dibuat kepada rakyat pada pilihan raya umum lepas pada 2013.

“Berikutan mandat demokratik diberikan kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2013, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan kerajaan menjayakan program transformasi Malaysia.

“Tiada apa yang lebih penting daripada keperluan Malaysia dan rakyatnya – saya akan sentiasa mendahulukan kepentingan mereka daripada semua perkara lain,” katanya dalam catatan dalam Facebook beliau.

Datuk Seri Najib menzahirkan kenyakinan bahawa, lambat laun, barisan Kabinet baharu akan dapat meningkatkan kenyakinan rakyat terhadap kerajaan dan Barisan Nasional menjelang pilihan raya umum ke-14, dijadual pada 2018.

Katanya anggota Kabinet tidak boleh menyuarakan perbezaan pendapat dalam forum terbuka yang boleh menjejaskan pendapat awam terhadap kerajaan dan Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.