Kiriman pada: Wed, Jul 29th, 2015

Barisan Kabinet Baharu Mampu Beri Idea Dan Tenaga Baharu

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI MOHAMAD HASANSeremban – Barisan Kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, dilihat mampu memberikan idea dan tenaga baharu untuk menerajui pentadbiran kerajaan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Tahniah diucapkan kepada perdana menteri kerana telah membentangkan satu rombakan kabinet yang diharap akan dapat bekerja sebagai satu pasukan membantu Perdana Menteri.

“Menubuhkan dan menamakan anggota kabinet adalah kuasa Perdana Menteri, jadi kita tak dapat persoalkan siapa dan jawatan apa, itu semua terpulang kepada beliau selaku perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Mohamad berkata beliau bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selama enam tahun.

“Banyak jasa beliau kepada negara dan juga sumbangan beliau kepada negeri ini. Kita ucapkan banyak terima kasih di atas segala khidmat dan sumbangan yang telah beliau curahkan selama beliau menjadi TPM,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.