Kiriman pada: Sun, Dec 25th, 2016

Bas Ekspres Kemalangan Di Pagoh Ada Lapan Saman JPJ

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Bas ekspres yang terbabit kemalangan di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Kampung Jayor, Pagoh, yang mengorbankan 14 nyawa awal pagi tadi, dikesan mempunyai lapan saman sepanjang 2014 hingga tahun lalu.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron, berkata semakan ke atas pemandu bas terbabit mendapati mangsa tidak pernah dikenakan saman JPJ.

“Lesen memandunya masih aktif dan lesen kenderaan pengangkutan awam miliknya juga masih sah,” katanya dalam sidang media selepas Ops Jalan Fasa 1 di Bangsar, di sini, malam ini.

Sementara itu, sebanyak 816 motosikal diperiksa dalam operasi berkenaan dan 272 notis dikeluarkan. Operasi bermula jam 8 malam dan berakhir 10.30 malam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.