Kiriman pada: Mon, Aug 3rd, 2015

Bawak-Bawaklah Insaf, Hidup Di Dunia Tak Lama

Kongsi maklumat ini
Tags

Ustaz-Kazim-Elias-Bawak-Bawaklah-Insaf-Hidup-Di-Dunia-Tak-Lama-ROTIKAYAKenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Azalina Othman berhubung pandangannya terhadap keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit mengenai isu larangan drama atau pun filem Melayu memaparkan aksi berpelukan dan intim mendapat tentangan hebat majoriti rakyat Malaysia.
Melalui laporan yang dipetik melalui mStar Online sebelum ini, Azalina menyifatkan larangan tersebut merepek selain menyatakan apa yang dipaparkan di televisyen hanyalah lakonan semata-mata selain menyatakan perkara tersebut juga boleh berlaku melalui medium internet.

“Kita tak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?” kata Azalina kepada portal tersebut. Bagaimanapun tindakannya itu hanya mengundang amarah majoriti masyarakat dan turut sama membuatkan Ustaz Kazim Elias turut sama berkongsi pendapatnya di laman sosial.
“Astaghfirullah… Sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah Allah wajib disokong, untuk Akak yang bercakap demikian, bawak-bawaklah insaf, hidup didunia tak lama, kuasa menteri pun apa sangat. Kita ni makhluk Allah, hamba Allah”

“Kalau kita tak mampu jadi baik tapi janganlah halang orang lain nak jadi baik. Yang haram tetap haram walau sekadar lakonan,” jelas Ustaz Kazim dalam muatnaik di laman Facebook tersebut.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.