Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

Beberapa pemimpin UMNO Kedah hadir perjumpaan tertutup

Kongsi maklumat ini
Tags

amno512_field_image_listing_featured.variant.transformedALOR SETAR: Satu perjumpaan tertutup membabitkan pemimpin UMNO negeri diadakan di Grand Alora Hotel, di sini, dipercayai mempunyai kaitan dengan isu kepemimpinan parti di Kedah. Sehingga kini tiada maklumat rasmi diterima mengenainya, namun sumber dalam parti berkata ia kemungkinan besar mempunyai kaitan dengan status Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah. Tambah menguatkan andaian itu apabila perjumpaan terbabit tidak dihadiri Mukhriz selaku Pengerusi UMNO negeri. Antara yang hadir ialah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Ketua UMNO Bahagian Alor Setar: Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu) dan Datuk Ghazali Ibrahim (Padang Terap). Terdahulu, satu mesyuarat berhubung isu sama turut diadakan di Hotel Seri Malaysia, di sini, membabitkan wakil dari ketiga-tiga sayap pergerakan UMNO negeri.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.