Kiriman pada: Wed, Jul 29th, 2015

Beberapa Perkhidmatan Bas Dilencongkan Sempena KL City Grand Prix

Kongsi maklumat ini
Tags

dkdghKuala Lumpur – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) akan melencongkan laluan perkhidmatan bas di bandar raya ini dari 6 pagi 7 Ogos hingga 6 petang 8 Ogos, untuk memberi laluan kepada Kuala Lumpur City Grand Prix yang diadakan buat julung kalinya.

Dalam kenyataan di sini, SPAD berkata perkhidmatan terlibat termasuk bagi laluan bas GOKL, RapidKL, Setara Jaya dan Metrobus di Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee serta koridor Ampang dan Laluan Pandan.

Bagi perkhidmatan GOKL, lencongan laluan Green Line akan bermula dari Pusat Konvensyen KL ke Jalan Pinang, Jalan Kia Peng, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Imbi, Jalan Kampung Pandan, Jalan Barat, Jalan Tun Razak dan Jalan Stonor ke Jalan Kia Peng.

Sementara itu, bagi laluan GOKL Purple Line, lencongan bermula dari Hab Titiwangsa ke Jalan Pangkor, Jalan Cemur, Jalan Bidor, Jalan Pahang, Bulatan Pahang, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang ke Jalan Tun Razak.

Laluan GOKL Blue Line pula akan bermula dari Hab Pasar Seni ke Jalan Hang Kasturi, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Imbi, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak dan Jalan Tun H.S.Lee ke Jalan Sultan.

Sementara itu, laluan perkhidmatan bas RapidKL (U26, U27, U29, U30 dan U332); Metrobus (M28 dan M79); Setara Jaya (SJ79) akan dilencongkan dari Jalan Ampang ke Persiaran Binjai, Lorong Kuda, Jalan Tun Razak dan kembali ke Jalan Ampang.

Perkhidmatan Metrobus (M30) dan Setara Jaya (SJ30 dan SJ32) pula akan dilencongkan dari Pandan ke Jalan Pudu, Jalan Brunei, Changkat Tamby Dollah, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Pudu dan kembali ke Pandan, manakala perkhidmatan RapidKL (U24) akan dilencongkan dari Jalan Raja Chulan ke Jalan Tun Perak.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.