Kiriman pada: Tue, Dec 15th, 2015

Beego Terlepas Tuduhan Khalwat

Kongsi maklumat ini
Tags

Beego-Terlepas-Tuduhan-Khalwat-ROTIKAYA-700x422Pelakon Beego dan dua rakannya dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Rendah Gombak Timur daripada pertuduhan berkhalwat dengan dua wanita di sebuah rumah, empat tahun lalu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian terhadap Beego atau nama sebenarnya, Md Aszerul Nizam Abdullah, 35, pekerja swasta, Fikry Zainon, 35, dan Mohd Arsli Mior Atan Ahmad, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Mereka didakwa berkhalwat dengan dua kenalan wanita mereka, Hadijah Mohamad Mokhar dan Azlina Yazit di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang di sini, pada 6 pagi, 23 Februari 2011.

Azlina dan Hadijah yang berusia awal 30-an mengaku bersalah pada Mei 2012 atas tuduhan itu dan masing-masing membayar denda berjumlah RM3,000 setiap seorang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.