Kiriman pada: Sat, Nov 14th, 2015

Bekalan Air Terjejas- Penduduk Felda Mengalami Catuan Air

Kongsi maklumat ini
Tags

air-sabahKota Tinggi – Sesuatu yang di katakan agak ganjil apabila berlakunya catuan air pada bukan musim kemarau, Tetapi ini lah yang terjadi di kawasan Felda Air Tawar 5 hingga Pengerang. Ini yang di nyatakan oleh penduduk kampong berkenaan, bahawa catuan air berlaku bukan pada musim kemarau seperti kebiasaan saban tahun yang dialami oleh penduduk, iaitu sekitar Januari hingga Jun.

Gangguan kali ini dianggap tempoh paling lama yang pernah mereka alami. Seorang pengusaha kedai makanan memaklumkan bahawa ada peniaga yang terpaksa menutup kedai mereka kerana kesukaran untuk mendapatkan air bersih.

“Bila tak ada air, kami susah nak bersihkan kedai, memasak dan mencuci peralatan”. kata Jaafar Roso seorang pengusaha kedai makanan.

Beliau yang mempunyai seramai 8 orang pekerja memaklumkan bahawa beliau terpaksa datang ke kedai pada waktu malam semata mahu melakukan kerja-kerja pembersihan dan sahingga kini masih mampu bertahan dari menamatkan operasi perniagaan.

Beliau turut menyediakan 4 buah tong bagi menyimpan bekalan air bersih, Sejak catuan air berlaku, penduduk kawasan tersebut terpaksa meminimumkan pengunaan air untuk aktiviti harian mereka termasuk untuk kegunaan mandi dan membasuh.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO cawangan Felda Papan Timur, Saudara Hamson Kasa berkata ini adalah situasi pertama yang beliau hadapi setelah hampir 40 tahun tinggal di Felda tersebut. Beliau juga mengesahkan bahawa hampir kesemua rumah di kawasan itu memiliki tong tadahan untuk menyimpan air bersih.

Beliau berharap agar isu catuan air tersebut akan segera berakhir sekaligus dapat mengembalikan kehidupan biasa penduduk kepada keadaan sedia kala.

“Menjadi harapan penduduk agar catuan air yang berlaku akan segera berakhir sekali gus dapat mengembalikan kehidupan normal penduduk kepada keadaan sedia kala”.

Di maklumkan bahawa catuan tersebut berlaku akibat dari masalah bekalan air mentah yang terjejas berikutan penurunan paras air yang berterusan di Empangan Sungai Lebam sejak beberapa bulan lalu.

Berikutan itu, Syarikat Air Johor Holdings Sendirian Berhad (SAJ) telah menjalankan operasi bekalan air berjadual bagi melanjutkan hayat simpanan air dengan bekalan air setiap dua hari sekali.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.