Kiriman pada: Tue, Dec 29th, 2015

Bekalan makanan mangsa banjir mencukupi

Kongsi maklumat ini
Tags

TR09_291215_BANJIRCHUKAI: Semua mangsa di pusat pemindahan di negeri yang terjejas banjir mendapat bekalan makanan mencukupi yang disalurkan oleh agensi berkaitan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata mangsa banjir turut dibekalkan kit makanan tambahan yang boleh menampung keperluan untuk tempoh tiga hari. Kit makanan berkenaan dibekalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. “Kita tak perlu risau kerana bekalan makanan untuk mangsa banjir lebih daripada mencukupi dan sudah diagihkan kepada mangsa banjir di semua negeri terbabit banjir. “Selain makanan asas, kita juga sudah agihkan kit makanan tambahan kepada semua mangsa banjir sejak hari pertama dan tidak timbul isu mereka terputus bekalan,” katanya selepas melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Sivik Felda Seberang Tayor di sini, petang tadi. Seramai 268 mangsa daripada 66 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan itu. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar. Shahidan berkata, pemimpin setempat di lokasi terbabit banjir disaran membekalkan makanan segar kepada pusat pemindahan banjir terutama pada hari pertama mangsa dipindahkan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.