Kiriman pada: Wed, Jan 25th, 2017

Bekas CEO GLC Ditahan Kes Pecah Amanah

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar Datuk berhubung kes salah guna kuasa dan pecah amanah.

Sumber berkata sepasukan anggota SPRM menahan lelaki berusia 51 tahun itu dalam operasi khas sekitar sini jam 3.30 petang tadi bagi membantu siasatan kes yang dipercayai membabitkan RM3.3 juta.

Semalam, SPRM menahan lima pegawai kanan FELDA berhubung kes ternakan ikan Sturgeon. Sumber berkata kes itu membabitkan menyalah guna kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri dengan menerima rasuah.

“Hasil siasatan SPRM, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara 30 April dan 30 Oktober 2013,” katanya.

Difahamkan, suspek boleh dikenakan lima tuduhan pecah amanah dan dijangka dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Jalan Duta, esok.

Seksyen itu membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.