Kiriman pada: Fri, Jul 24th, 2015

Bekas Duta Malaysia Ke Jepun Terima Anugerah

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI MARZUKI MOHD NOORKUALA LUMPUR – Bekas Duta Malaysia ke Jepun, Tan Sri Marzuki Mohd Noor dianugerahkan dengan Anugerah Order of The Rising Sun, Gold and Silver Star oleh Maharaja Akihito.

Ia bagi mengiktiraf sumbangan Marzuki dalam mempromosi hubungan dua hala dan persefahaman antara kedua-dua negara.

Anugerah disampaikan Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa di residennya di sini hari ini yang turut dihadiri isteri Marzuki, Puan Sri Nora Marzuki.

Marzuki bertugas sebagai duta di Jepun dari tahun 1999 hingga 2006.

Miyagawa berkata ia merupakan penganugerahan paling terhormat daripada Maharaja Jepun.

“Maharaja dan kerajaan Jepun menghargai sumbangannya. Ia amat jarang bagi seseorang duta untuk menerima anugerah berprestij dan tinggi ini.

“Marzuki telah membuat sumbangan amat besar. Beliau layak menerima anugerah ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.