Kiriman pada: Thu, Dec 24th, 2015

Bekas Mufti Wilayah terima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

Kongsi maklumat ini
Tags

bekas-mufti-wilayah-wan-zahidi-wan-teh.transformedSERDANG: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, 73, dipilih menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), sebentar tadi. Beliau menerima hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Turut mengiringi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Sementara itu, pendakwah bebas, Profesor Dr Che Muhaya Mohamad dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M. Dengan penganugerahan itu, Che Muhaya, 57, yang juga pakar optometris menerima RM20,000, trofi dan sijil penghargaan. Penerima lain, Datin Prof Madya Dr Paizah Ismail; Datuk Dr Ar Baharuddin Abu Kassim; Othman Md Yusoff; Ebit Irawan Ibrahim Lew; Dr Mundzir Abdullah; Nurul Eeman Mansor dan Mithun Jay Langgim. Penganugerahan itu berdasarkan sumbangan besar individu terbabit dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat kebangsaan dan global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.