Kiriman pada: Thu, Jan 8th, 2015

Bekas Presiden Dan CEO FGVHB Tan Sri Sabri Ahmad Meninggal Dunia

Kongsi maklumat ini
Tags

sabri3Kuala Lumpur – Bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd Tan Sri Sabri Ahmad meninggal dunia akibat kanser paru-paru 5.30 pagi tadi.

Allahyarham berusia 68 tahun.

Menurut menantu Allahyarham, Mohd Safuan Mohd Zairi, Sabri meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Solat jenazah akan diadakan selepas Zuhur di Masjid Jelutong manakala pengebumian akan disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, katanya.

Allahyarham juga merupakan bekas CEO syarikat perladangan Golden Hope Plantations Bhd dan bekas pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.