Kiriman pada: Wed, Jul 1st, 2015

Belanda siasat ‘individu berkepentingan’ dalam nahas MH17

Kongsi maklumat ini
Tags

-ROTTERDAM: Pendakwa Raya Belanda sudah mengenal pasti beberapa ‘individu berkepentingan’ dalam siasatan kes tembak jatuh penerbangan MH17 di ruang udara Ukraine tetapi suspek sebenar masih belum dikenal pasti.

Ketua Pendakwa Raya Belanda, Fred Westerbeke dalam satu kenyataan di Rotterdam berkata, mereka mengenal pasti sekumpulan orang yang pada peringkat ini dikenal pasti sebagai ‘orang berkepentingan’. Mereka adalah kelompok yang menjadi perhatian utama.

“Kami masih belum mengambil langkah rasmi menjadikan mereka suspek,” katanya kepada wartawan, hampir setahun selepas pesawat Penerbangan Malaysia ditembak jauh mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal. Kebanyakan penumpang adalah warga Belanda.

Westerbeke berkata, sekalipun ‘langkah besar’ sudah dilakukan dalam siasatan untuk menjejak mereka yang bertanggungjawab, mereka masih belum bersedia untuk melakukan perbicaraan.
Katanya, ia hanya boleh dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini. Belanda ditugaskan mengetuai penyiasatan punca nahas dan mengenal pasti mangsa kemalangan yang berlaku pada 17 Julai 2014. Negara itu turut ditugaskan melakukan pendakwaan jenayah ke atas mereka yang bertanggungjawab. Ekoran itu, Belanda terpaksa ‘menyimpan’ idea menubuhkan tribunal penyiasatan yang mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila Russia menolak cadangan itu. Menteri Luar Belanda, Bert Koenders pada Isnin memberitahu rangkaian berita Nieuwsuur, mengambil pandangan satu pihak saja bukan satu tindakan yang bijak. “Saya berbincang dengan beberapa negara untuk mendapatkan pilihan terbaik menjejak pesalah,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.