Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

Beli Tiket Melalui Sistem Atas Talian Untuk Musim Cuti Panjang

Kongsi maklumat ini
Tags

Soekarno-Hatta_Garuda_Ticket_BoxKuala Lumpur – Pengguna perkhidmatan bas ekspres ke sektor Pantai Timur, Utara dan Selatan sempena cuti Maulidur Rasul dan perayaan Krismas yang ingin menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), dinasihatkan mendapatkan tiket melalui sistem atas talian dan mesin penjualan tiket (Ticket Vending Machine atau TVM).

Bagi senarai portal dan laman sesawang syarikat-syarikat bas ekspres yang menawarkan pembelian tiket secara atas talian, pengguna boleh melayari http://www.spad.gov.my/ms/tiketBE .

Untuk pengguna yang menuju ke Pantai Timur dari Hentian Jalan Pekeliling, mereka masih boleh membeli tiket secara atas talian daripada syarikat-syarikat bas yang beroperasi di hentian tersebut.

Pembelian tiket secara awal, menggunakan TVM di TBS-BTS dan secara atas talian dapat mengurangkan kepayahan di saat akhir yang dialami pengguna yang terpaksa beratur panjang.

Bagi melicinkan proses pembelian tiket, pihak pengurusan TBS-BTS telah menyediakan 7 TVM yang menawarkan tiket daripada 68 syarikat bas ekspres. Sebanyak 41 kaunter sistem tiket berpusat juga telah dibuka bagi penjualan tiket cetakan komputerkepada pengguna.

TBS-BTS mempunyai kemudahan terkini dan saling hubung yang baik ke pusat bandar dengan tertumpunya pelbagai mod pengangkutan di dalam satu lokasi seperti LRT, KTM Komuter, KLIA Transit dan perkhidmatan teksi. Oleh itu, bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, pengguna dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke TBS-BTS.

Bagi memastikan terdapat bas yang cukup, SPAD juga telah membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada pengendali bas ekspres untuk menyediakan bas tambahan.

Tempoh sah LPS ini adalah dari 23 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016. SPAD ingin menasihati syarikat bas ekspres untuk memohon LPS awal sebelum setiap musim perayaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.