Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

Belum Ada Keperluan Hantar Anggota Tentera Awasi Perairan Pulau Pom Pom

Kongsi maklumat ini
Tags

GeneralKuala Lumpur- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak bercadang menempatkan anggotanya bagi meningkatkan kawalan keselamatan di perairan Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah berikutan insiden tembakan pihak tidak dikenali ke arah pos kawalan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Panglima ATM Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zain berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Saya difahamkan berlaku tembak menembak dan pihak polis berjaya menahan seorang suspek dan merampas bot tersebut (bot penjenayah),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga ATM di Masjid Khalid Al-Walid.

Zulkifeli berkata kejayaan tangkapan tersebut membuktikan bahawa kawalan keselamatan negara berada pada tahap yang baik apabila dapat memintas semula bot penjenayah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.