Kiriman pada: Thu, Dec 1st, 2016

Benarkah MCA Lebih Jahat Dari DAP

Kongsi maklumat ini
Tags

mcaBenarkah MCA lebih jahat dari DAP sepertimana yang disuarakan oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, sedangkan selama 22 tahun Mahathir mengepalai parti Barisan Nasional MCA adalah salah satu komponan parti yang banyak membantu Mahathir mengekalkan kuasa.

Tetapi hari ini Mahathir mengatakan MCA terlalu jahat yang kononnya parti resis DAP lebih menghormati perlembagaan negara dari pada MCA, sedangkan hakikatnya sahingga kini belum ada lagi pihak MCA membantah azan dari masjid seperti mana wakil parti DAP.

Perkara ini jelas membuktikan bahawa DAP tidak penah menghormati pelembagaan negara terutama dalam menghormati agama Islam sebagai Agama Persekutuan, jika DAP lebih menghormati maka perkara yang berkaitan dengan Islam sudah pasti tidak akan diperlekeh oleh puak DAP ini.

Ini memberi gambaran bahawa Mahathir sudah amat terdesak untuk mendapat perhatian sahingga menghalalkan perkara yang pernah dia sendiri haramkan ia ini berbaik dengan parti resis DAP, Mahathir juga lupa bahawa DAP tidak pernah menghormati institusi beraja negara ini sepertimana MCA.

Dari segi apakah Mahahtir melebelkan MCA sebagai sebuah parti yang jahat, adakah kerana sudah bermesra dengan DAP maka segala budi baik dan bantuan MCA dicampak kelongkang, jika dahulu Mahathir bukan sahaja memusuhi DAP tetapi sering dilancarkan serangan bertubi menghentam parti yang pernah dikatakan sebagai parti yang paling resis.

Mahathir sengaja melupakan sejarah bila mana ketika Anwar Ibrahim melancarkan serangan terhadap dirinya dan kerajaan parti MCA masih setia berdiri teguh dibelakangnya yang menjadi punca Mahathir mengekalkan kuasanya dan mengekalkan penguasaan di Parlimen.

Rakyat sedar apa yang sebenarnya menjadi keingin Mahathir ketika ini, itu sebab segala gerakan Mahathir kini semain sepi dari sokongan rakyat, kemungkinan Mahathir hanya akan di hurungi oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri dari kepentingan negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.