Kiriman pada: Sat, Nov 26th, 2016

Benarkan Organisasi Asing Biayai Aktiviti Politik Tidak Boleh Diterima

Kongsi maklumat ini
Tags

tidakbolehBandar Seri Bengawan – Membenarkan organisasi asing membiayai aktiviti “politik” pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima langsung, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini sama seperti memberikan kebebasan kepada negara-negara asing untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka di Malaysia yang merupakan sebuah negara berdaulat.

Membenarkan perbuatan seumpama itu malah adalah lebih jahat dan bahaya apabila ia melibatkan dana daripada hartawan George Soros yang agendanya adalah untuk campur tangan dalam hal ehwal politik negara, katanya.

“Kita tidak mahu organisasi asing mempergunakan NGO tempatan sebagai platform untuk menjayakan agenda politik mereka, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi perhimpunan atau demonstrasi,” katanya.

Salleh berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui pada akhir Mesyuarat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN (TELMIN) ke-16 di sini, Sabtu.

Beliau berkata dengan penyertaan atau penglibatan beberapa pemimpin pembangkang dalam perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur baru-baru ini, adalah jelas bahawa gerakan itu yang kononnya mahu memperjuangkan pembaharuan pilihan raya, mempunyai agenda politik.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.