Kiriman pada: Mon, Mar 9th, 2015

Benteng Utama Mengekang Penularan Gerakan Militan IS

Kongsi maklumat ini
Tags

ISMelaka – Benteng utama mengekang penularan gerakan militan IS di negara ini, bukan terletak sepenuhya ke atas bahu polis, tentera atau senjata canggih, sebaliknya masyarakat memainkan peranan penting dalam membantu pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata usaha pihak berkuasa mengekang gerakan itu daripada terus mempengaruhi orang ramai terutama belia, tidak akan berkesan tanpa kerjasama masyarakat.

Beliau berkata masyarakat bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyalur maklumat, malah sebagai sebuah entiti penting yang bertanggungjawab memantau dan menasihati golongan tersebut.

“Sekiranya orang itu terlibat dalam gerakan militan IS, paling awal yang mengetahuinya ialah anggota masyarakat di sekeliling, bukan pihak berkuasa maka daripada situ kita lihat anggota masyarakat ialah benteng utama.

“Tidak wajar letakkan tanggungjawab mengekang gerakan itu 100 peratus atas bahu pihak berkuasa kerana pihak berkuasa tidak mampu mengawasi setiap orang, masyarakat perlu bersama membantu,” katanya.

Seramai 61 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan IS dan daripada jumlah itu 10 adalah wanita manakala tangkapan terkini mereka yang terlibat dengan IS di negara ini mencecah 71 orang.

Raja Shahrom berkata anggota masyarakat tidak perlu takut dalam melaporkan maklumat tentang gerakan militan IS kepada pihak berkuasa kerana keselamatan pelapor itu akan dijamin.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.