Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

Beranikah Ong Kim Swee Tukar Semua Pemain Harimau Malaya?

Kongsi maklumat ini
Tags

Jurulatih baru pasukan Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee patut lebih berani membuat perubahan drastik kali ini. Beliau seharusnya melihat kepada pengalaman-pengalaman jurulatih terdahulu.

Ibarat sudah mendapat lesen yang sah, terpulang kepada Kim Swee untuk membaik pulih atau menukar sahaja jentera sedia ada untuk perjalanan yang lebih jauh.

Bukan untuk mengajar, tetapi barangkali peminat sudah bosan dengan bahan hidangan yang serta ramuan yang sama. Tidak salah untuk menukar bahan hidangan yang baru, walaupun tidak banyak mengubah ramuan.

Di Malaysia mudah sahaja, kalau dah serba tak menjadi prestasi pasukan, jurulatih juga yang akan angkat kaki bukannya pemain. Macam sudah jadi tradisi, jadi kini Kim Swee perlu melihat situasi yang berulang itu sebagai rujukan kepada beliau.

Mahu tidak mahu, andaikata masih diguna pemain yang sama bermakna beliau berani menghadapi risiko. Sebagai cadangan, apa kata sudah alang-alang berani, buat sahaja transformasi besar-besaran. Hanya dua perkara sahaja akan berlaku kepada beliau, kekal atau dipecat sama ada lambat atau cepat.

Ong Kim Swee sudah tentu dilantik berdasarkan prestasi dan pengalaman beliau. Untuk apa dilantik jika tidak berpeluang untuk mengatur pasukan kerana apa sahaja yang berlaku pastinya atas tanggungjawab beliau.

Boleh nampak buat masa ini peminat hanya menunggu dan lihat. Mereka sudah hafal dengan senario pemain tempatan. Barangkali Ong Kim Swee boleh membuat satu rombakan besar bagi peminat mencongak semula ragam pemain yang baru. Sudah tentu lebih menarik.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.