Kiriman pada: Fri, Dec 11th, 2015

Berehatlah Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kongsi maklumat ini
Tags

muhyiddinTan Sri Muhyiddin rupanya tidaklah seberani mana pun, Hanya buat bising dikalangan ahli parti sahaja dan tidak lebih hanya untuk meraih simpati setelah menyedari dia sudah tersilap langkah, apabila tersalah mendengar nasihat. Jika benar anak jantan saperti yang sering di laungkan, letak sahaja jawatan sebagai Tim.Presiden UMNO dan bukan mendesak Presiden dan Ahli parti memecat sepertimana Tun Mahathir lakukan kepada Anwar.

Sekarang beliau menjaja isu tidak di benarkan berucap di dalam Perhimpunan Agung UMNO, Melahirkan rasa sedih di hadapan Ahli parti kerana tidak dibenarkan berucap sahingga membawa ke perhimpunan membelakangkan perlembagaan parti di Kelab Sultan Sulaiman, Ini semua tidak lain hanya mahu mencari simpati sahaja.

Bermodalkan air mata dan memek muka kesedihan beliau mengulangi ungkapan bahawa haknya sebagai timbalan presiden parti dinafikan.

Soalannya adakah berucap di dalam Mesyuarat Agung Tahunan UMNO itu adalah hak Timbalan Presiden yang termaktup didalam perlembagaan? Jika beliau membaca perlembagaan UMNO pada Fasal , 29 Perlembagaan ada menyebut isu berkaitan Peraturan Persidangan ia itu pasal 29.1 Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan dan pada pasal 29.2 Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung hendaklah dipakai untuk persidangan-persidangan parti di semua peringkat.

Dari segi aturan Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO, selain pegawai yang diberikan ruang untuk membentang peringatan, laporan aktiviti dan laporan kewangan, Presiden akan memulakan dengan Ucapan Dasar, diikuti oleh pembawa usul, pencadang, penyokong dan juru cakap yang akan membahaskan usul-usul yang dibentangkan. Semasa menggulung, hanya Presiden sahaja yang berhak menggulung manakala ahli jawatankuasa yang lain hanya boleh berucap atas ehsan Majlis Tertinggi. Jadi, dimanakah peraturan yang cuba di ketengahkan atau dibangkitkan oleh Muhyiddin.

Ini perkara yang telah di tetapkan oleh Perlembagaan UMNO yang dicipta dan disusun oleh MKT UMNO sejak mula di tubuhkan lagi, bukannya peraturan baru yang di cipta hanya kerana Muhyiddin didapati cuba menikam Presiden dari belakang. Presiden sebenarnya tidak risau dengan tikaman dari belakang oleh Muhyiddin itu kerana beliau mahir dan telah mendalami ilmu sepak terajang didalam politik UMNO ini dan telah pun katham sahingga diberi kepercayaan dan dilantik menjadi Presiden UMNO yang ke 7.

Yang paling mengejutkan Tan Sri Muhyiddin yang terkenal sebagai anak kepada seorang alim ulamak sanggup mengeluarkan perkataan kesat dan mencarut kepada MKT dan turut didengari oleh Presiden ketika keputusan bahawa hanya Presiden sahaja yang akan membuat pengulungan perbahasan di mutamatkan, Ya mesyuarat telah menetapkan bahawa hanya Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak akan berucap pada sesi penggulungan.

Beginikah contoh seorang pemimpin dan anak seorang ulamak yang sanggup memaki hamun hanya kerana tidak di benarkan berucap sahaja sedangkan peraturan ini bukannya wajib dan termaktub didalam perlembagaan, tetapi ianya adalah ehsan kebenaran dari MKT.

Muhyiddin sepatutnya mencontohi keberanian Najib Tun Razak yang tidak membuat permohonan kepada Majlis Kerja Tertinggi parti agar memecat beliau dari UMNO, Dalam artikata lain Muhyiddin berpeluang untuk mencabar kedudukan Presiden pada pemilihan nanti. Walaupun Muhyiddin acap kali didalam sedarnya sering mengkritik Presiden parti secara terbuka.

Namun Yang Berhormat Presiden parti tidak mengambil apa-apa tindakan semata mahu menjaga dan tidak mahu berlakunya perpecahan antara ahli parti. Muhyiddin patut belajar perkara ini jika benar benar sayangkan parti jika tidak eloklah Tan Sri Muhyiddin lepaskan sahaja apa-apa tahta yang di sandang ketika ini kerana Tan Sri telah gagal memainkan peranan sebagai orang no 2 parti.

Sebenarnya Tan Sri Muhyiddin lah ‘barah dan nanah’ itu yang perlu berehat atau di rehatkan dan bukannya Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.