Kiriman pada: Mon, Jul 13th, 2015

Berhemah Guna Air, Penggunaan Air Kawasan Kampung Dijangka Meningkat Musim Raya Aidilfitri

Kongsi maklumat ini
Tags

save-waterKuala Lumpur – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meminta orang ramai lebih berhemah menggunakan air semasa musim perayaan.

Pengerusi SPAN Datuk Ismail Kasim berkata berikutan penumpuan warga kota yang pulang kampung untuk merayakan Aidilfitri, permintaan kawasan luar bandar dan kampung dijangka meningkat mendadak sehingga lima kali ganda.

“Loji-loji dan paip-paip agihan di kawasan berkenaan tidak direka bentuk untuk memenuhi permintaan tinggi yang mungkin berlaku dua hingga tiga minggu dalam setahun,” katanya Ismail.

Bagaimanapun beliau berkata bagi memastikan bekalan air mencukupi kepada pengguna semasa musim perayaan, SPAN telah mengambil langkah dengan meminta semua operator air negeri memantau rapi semua paras empangan, sungai dan muka sauk loji serta paras air di kolam-kolam perkhidmatan utama sebagai langkah proaktif mengelak dan mengurangkan gangguan bekalan air.

Katanya, operator air negeri juga diarahkan supaya menempatkan tangki statik di kawasan kritikal, menghantar lori-lori tangki ke kawasan gangguan bekalan air terus ke premis pengguna atau tangki statik selain bersiap siaga dengan jentera, kenderaan, alat kelengkapan dan tenaga kerja bagi menjalankan kerja pembaikan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.