Kiriman pada: Fri, Mar 6th, 2015

Berhubung Isu 1MDB

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas kapasiti peribadinya, telah memfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dan seorang lagi berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib, 61, memfailkan saman itu semalam di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dan menamakan Pua, 42, dan pemilik portal online Mediarakyat.net, Chan Chee Kong, 51, sebagai defendan pertama dan kedua.

Media memperoleh writ saman itu hari ini. Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan menyerahkan writ saman itu kepada peguam kedua-dua defendan hari ini.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib mendakwa pada 13 Nov tahun lepas, Pua sebagai seorang penceramah utama pada majlis makan malam Kutipan Dana DAP telah memberi ucapan berhubung isu 1MDB dan rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh defendan kedua sendiri dan/atau ejennya di laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat.

Perdana Menteri mendakwa rakaman itu kemudiannya juga telah dikongsi oleh defendan pertama dan/atau ejen-ejennya di laman facebooknya dan juga defendan kedua dan/atau ejen-ejennya di laman facebook Mediarakyat.

Beliau berkata sehingga 2 Mac lepas sebanyak 194,979 rakaman itu ditonton di laman YouTube Mediarakyat manakala 200,709 pengguna facebook mengikuti rakaman itu di laman facebook Pua dan 165,293 lagi pengguna fabeook Mediarakyat mengikuti rakaman itu.

Sehubungan itu Najib menuntut ganti rugi am, teladan, kos dan perintah injunksi bagi menahan defendan pertama dan kedua atau ejen-ejennya daripada menerbitkan lagi perkataan-perkataan fitnah itu terhadapnya.

Najib juga menuntut supaya Pua dan Chan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis yang diterbitkan di akhbar dan majalah yang akan dikenal pasti oleh plaintif dalam bentuk dan istilah yang akan ditetapkan oleh plaintif.

Beliau juga menuntut defendan pertama mengeluarkan rakaman ucapan daripada laman facebooknya dan defendan kedua dari YouTube mediarakyat, laman web Mediarakyat dan facebook Mediarakyat dengan serta merta daripada tarikh penghakiman.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.