Kiriman pada: Mon, Feb 15th, 2016

Beri cadangan jika bantah kemasukan pekerja Bangladesh

Kongsi maklumat ini
Tags

jhgGEORGETOWN: Pihak yang tidak bersetuju dengan langkah membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh diminta mengemukakan cadangan bagi memenuhi permintaan sektor pekerjaan di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata langkah membawa masuk pekerja asing itu diputuskan kerana kerajaan tidak mempunyai pilihan berikutan rakyat tempatan tidak berminat bekerja di sektor yang dikategorikan sebagai bahaya, kotor dan sukar (3D). Azalina berkata, kerajaan mempunyai perancangan khusus dan menyeluruh bagi memastikan keputusan itu tidak mendatangkan masalah dalam jangka panjang, termasuk dakwaan menutup periuk nasi pekerja tempatan. “Kita percaya kerajaan mempunyai mekanisme khusus dalam memastikan setiap pekerja asing ke negara ini akan dihantar pulang apabila tiba masanya kerana kita tidak mahu mereka masuk dan hilang tanpa dikesan. “Jangan hanya pandai membantah, sebaliknya beri cadangan atau alternatif kepada kerajaan jika tidak bersetuju pekerja Bangladesh dibawa masuk,” katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini. Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencabar belia tempatan mengambil alih kerja di sektor 3D bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing. Beliau berkata, langkah itu perlu kerana tenaga kerja asing kini menguasai sektor membabitkan industri peladangan, perkilangan, pembinaan dan pembersihan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.