Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

Beri peluang Mukhriz terus pimpin Kedah

Kongsi maklumat ini
Tags

imageKUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diberi peluang untuk terus memimpin kerajaan Kedah. “Sebagai seorang Menteri Besar yang baru mentadbir kerajaan negeri untuk tempoh yang singkat, beliau tentunya memerlukan sokongan semua pihak, terutamanya wakil rakyat dan pemimpin UMNO bahagian untuk memimpin badan perhubungan negeri dan mentadbir kerajaan negeri dengan berkesan, ” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau, hari ini. Semalam, seramai 13 daripada 15 Ketua UMNO Bahagian di Kedah sepakat menyuarakan rasa hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz untuk memimpin parti dan negeri. Serentak itu, mereka merayu Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO untuk membuat perubahan dengan kadar segera ke atas kepimpinan UMNO negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah. Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang media khas selepas perjumpaan tertutup hampir sejam dengan pemimpin bahagian.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.