Kiriman pada: Fri, Jul 10th, 2015

Beri peluang pasukan petugas khas siasat kes 1MDB

Kongsi maklumat ini
Tags

10sahidan.transformedKANGAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim merayu orang ramai supaya berhenti membuat ulasan mengenai 1MDB untuk memberi peluang pasukan khas yang ditubuhkan menjalankan siasatan. “Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab perkara berhubung audit yang dijalankan oleh PAC (Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara) terhadap 1MDB akan memastikan tindakan serta merta diambil setelah PAC mengemukakan laporan. “Tindakan ini adalah amanah dan mesti dilaksanakan demi kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas isu siasatan terhadap 1MDB.
Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis ditemui pada majlis berbuka puasa bersama ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri Perlis di sini malam tadi. Beliau meminta semua pihak agar bertenang kerana pasukan khas tersebut menyiasat dari segala aspek dan tidak akan menyembunyikan apa-apa pun untuk pengetahuan umum.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.