Kiriman pada: Sun, Aug 16th, 2015

Beri Penerangan Jelas Agar Rakyat Tidak Keliru.

Kongsi maklumat ini
Tags

Two protesters prepare a home made device for launching fireworks during a protest at Taksim Square in IstanbulKuala Lumpur – Benarkah adanya komplot untuk mengulingkan kerajaan saperti mana yang di dakwa oleh YAB Tim. Perdana Menteri, Dan dakwaan ini mendapat komen balas yang luar dari pelbagai pihak termasuk dari beberapa orang Menteri termasuk Menteri kanan dalam kabinet kerajaan.

Kebanyakkan mahukan agar mereka yang terlibat dengan isu rancangan pengulingan itu di dedahkan identiti mereka ini bagi meyakinkan bahawa perkara rancangan pengulingan itu adalah benar dan bukan ilusi untuk menakutkan rakyat.

Menurut pandangan seorang veteran politik, Beliau tidak percaya akan adanya kelompok yang mahu mengulingkan kerajaan buat masa ini, Jika ada pun dimanakah kumpulan mereka ini, Adalah tidak mungkin kerajaan boleh di guling secara bersaorangan kerana untuk mengulingkan kerajaan perlu ada jentera.

Menurut veteran politik dan UMNO ini, Kerajaan hari ini yang di pilih melalui peti undi demokrasi hanya boleh di gulingkan atau di ubah melalui persetujuan ahli parlimen dengan cukup bilangan dan bukannya dari orang luar atau kumpulan extreamis.

Walaupun di benarkan oleh perlembagaan untuk menolak sesaorang pemimpin, Ahli Parlimen perlu mendapat suara terbanyak didalam undian maka baharulah rancangan untuk melucutkan kuasa atau jawatan Perdana Menteri di kira berjaya, Cabaranya sekarang ialah mereka yang di canangkan mahu mengulingkan pemimpin dan kerajaan hari ini masih samar samar sahaja.

Jika benar ujudnya pakatan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan saperti yang di canangkan oleh Timbalan Perdana Menteri maka beliau perlu membukti atau mendedahkan mereka-mereka yang terlibat ke pengetahuan umum agar rakyat tahu bahawa perkara ini adalah benar.

Perkara ini perlu untuk mengelakkan rakyat dari melihat isu ini sebagai satu helah untuk mengalihkan isu 1MDB yang sedang hangat ketika ini, Pendedahan ini akan membuatkan rakyat sedar bahawa memang benar ujudnya anasir-anasir yang mahu memporak-perandakan negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.