Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Beri Presiden Peluang Sehingga Selesai Siasatan

Kongsi maklumat ini
Tags

fdhadTAMPIN – Umno Bahagian Tampin memberi peluang kepada setiap sayap untuk bermesyuarat dan membuat keputusan, namun harus bertanggungjawab serta memikirkan kesan daripada keputusan dibuat.‎

Ketuanya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, tidak wajar ingin menuduh serta menghukum presiden parti sendiri sekiranya siasatan masih belum selesai dijalankan.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Pemuda Umno Tampin Pemuda sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin, kelmarin.

Menurutnya, sungguhpun usul tersebut diluluskan Pemuda bahagian, Umno Bahagian Tampin akan terus menyatakan sokongan kepada Presiden Parti, Datuk Seri Najib Razak, sehingga isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dan RM2.6 bilion selesai disiasat.

“Bagi peluang sehingga kes ini disiasat… ini tradisi kita. Kalau kita sama-sama mengiakan apa yang terdapat dalam media sosial kita seolah-olah mengiakan apa yang diperkatakan pembangkang,” katanya semasa berucap sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tampin 2015 di Dewan Bandaran Tampin, di sini, semalam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.