Kiriman pada: Thu, Aug 6th, 2015

Beri Ruang Kepada Keluarga Mangsa MH370

Kongsi maklumat ini
Tags

hmfh,SHAH ALAM – Susulan khabar terbaharu mengenai pesawat malang, MH370 yang dilaporkan awal pagi tadi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak media diminta menghormati dan memberi ruang kepada keluarga mangsa.

Perkara itu disuarakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sebelum ini mengendalikan kes tersebut.

“Penemuan ini membawa kembali keperitan tahun lalu dan berita ini pasti sukar buat keluarga serta kru dalam penerbangan MH370.

“Saya faham perasaan mereka. Saya menggesa pihak media untuk menghormati privasi mereka dan memberi ruang yang diperlukan mereka dalam tempoh yang sukar ini,” katanya.

PM mengumumkan bahawa pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah daripada MH370, menyokong rumusan awal bahawa pesawat MAS itu terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Sementara itu, menurut Hishamuddin, kerajaan sentiasa komited dalam mencari kebenaran terhadap apa yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat itu.

“Kami akan lakukan apa yang mampu untuk memberi keselesaan kepada keluarga mangsa dan meneruskan usaha bersama pihak dari luar.

“Saya memberi jaminan bahawa MH370 tidak akan dilupakan dan kerja keras kita ini tidak akan sia-sia,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.