Kiriman pada: Sat, Jul 18th, 2015

Beribu-Ribu Hadiri Rumah Terbuka PM Dan Menteri Kabinet

Kongsi maklumat ini
Tags

\

\

Putrajaya – Beribu-ribu orang daripada pelbagai lapisan kehidupan hari ini menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinet di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri.

Mereka berbaris sejak pukul 8 pagi di pintu masuk Seri Perdana untuk menghadiri majlis yang dijadual berlangsung dari 10.30 pagi hingga 4 petang itu.

Turut menjadi tuan rumah majlis itu, selain Datuk Seri Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, laman Seri Perdana bertukar menjadi lautan manusia, yang mengambil peluang untuk menyampaikan ucapan serta bergambar dengan Datuk Seri Najib, yang kelihatan ceria dengan berpakaian Baju Melayu berwarna oren-merah.

Majlis itu turut dihadiri diplomat dan pemimpin dari pihak kerajaan dan pembangkang, pelancong dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Hadirin dihidangkan pelbagai makanan, kebanyakan hidangan istimewa tempatan seperti sate, rendang, lemang, ketupat dan nasi himpit.

Ketika melangkah pulang, hadirin diberi bungkusan cenderamata, manakala kanak-kanak pula diberi duit raya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.