Kiriman pada: Wed, Dec 14th, 2016

Berkat Doa Dan Sabar Selama Lebih 8 Tahun

Kongsi maklumat ini
Tags

“Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 8 tahun, pada hari ini, Mahkamah Persekutuan sekali lagi sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar”.

Demikian kenyataan media yang dbuat oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini

Beliau menghormati keputusan mahkamah dan bersyurkur kerana segala doanya selama ini dimakbulkan Allah, cuma agak terkilan dengan apa yang berlaku pada hari ini dimana ada diantara mereka mengambil kesempatan politik terhadap dirinya.

Terutama politik pembangkang yang sentiasa menjadikan dirinya sebagai rujukkan sumber untuk meraih simpati politik termasuk didalam kempen membebaskan Anwar, dengan tidak mengambil kira hati dan perasaan diri dan keluarganya.

Saiful yang menjadi mangsa kerakusan belas majikannya menerima segala cubaan selama ini sebagai satu ujian dari Allah S.W.T, dan akan terus Istiqamah, Sabar dan Tabah walau apa jua keadaan yang berlaku.

“Sebagai hamba Allah SWT yang tidak sempurna ini, saya telah menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal di akhirat nanti”.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dirinya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Semoga Allah yang akan membalasnya, Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi” kata Saiful.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.