Kiriman pada: Thu, Mar 12th, 2015

Berkayak Untuk Alam Semula Jadi

Kongsi maklumat ini
Tags

ZAHIRUDDIN CHE OSMAN / PENDAYUNG SOLOLANGKAWI: Pendayung solo, Che Zahiruddin Che Othman, 20, yang menyertai misi ‘Berkayak Untuk Alam Semula Jadi’ sejauh lebih 2,000 kilometer tiba di Dataran Lang di sini, hari ini.

Misi berkayak mengelilingi Semenanjung Malaysia selama enam bulan bermula di Pengkalan Kubor, Kelantan sejak 9 September lalu itu turut membawa sebuah kamera seberat 65 kilogram dilengkapi aplikasi Google Street View Trekker.

Che Zahiruddin yang lebih dikenali sebagai ‘Ajai’ selamat tiba pada jam 10.35 pagi tadi dan disambut Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) , Henry Goh.
Sepanjang berkayak, Che Zahiruddin berkata semangat yang kuat dan sokongan berterusan rakan-rakan dalam MNS membolehkannya mengharungi cabaran sebelum tiba di Langkawi.

“Saya mengambil alih misi ini dari Johor sebelum berkayak secara solo menyusuri pesisir pantai ke Utara Semenanjung sebelum tiba di sini hari ini.
“Sebelum itu ketika misi ini dari Kelantan ke Johor ia dilakukan secara bergilir-gilir oleh beberapa sukarelawan.

“Antara kenangan pahit… saya pernah terperangkap dalam lumpur selama lima jam sebelum dapat keluar selepas air pasang ketika di perairan Johor.

“Manakala kenangan manis pula saya teruja apabila di kelilingi ikan lumba-lumba yang melompat-lompat di tepi kayak di perairan Perak,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, sepanjang mendayung di laut roti, biskut dan makanan ringan menjadi makanan utama yang membantunya mengumpul kudrat untuk berkayak.

ZAHIRUDDIN CHE OSMAN / PENDAYUNG SOLO

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.