Kiriman pada: Mon, Mar 23rd, 2015

Berpakaian Menutup Aurat Atau Membalut Aurat?

Kongsi maklumat ini
Tags

tutupBKNbalut“Dan katakalah kepada perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala meraka ”

“Wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka melenggok-lenggokkan tubuh dan kepalanya bagaikan bonggol unta yang miring, tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapat keharumannya meskipun syurga itu dapat dicium dari jarak sekian dan sekian @ jarak di antara dua jari. ” [ Riwayat Muslim]

Wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Ramai wanita sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata untuk memilik sehelai tudung atau juga untuk membeli sepasang baju idaman. Hal ini tidak salah jika apa yang dibeli itu mampu mematuhi tuntutan syariat dalam berpakaian.

Tudung contohnya,ditampilkan dengan warna-warna yang terang lagi singkat. Ini haruslah dielakkan kerana wanita tidak di sarankan memakai baju yang berwarna terang kerana ini akan mengundang fitnah dan akan menarik perhatian lelaki. Bukan itu sahaja, sudahlah tudung di beli dengan harga yang mahal, sayang sekali tudung itu tidak mampu menutup lurah dada. Ini tentunya satu pembaziran yang nyata.

Selain itu, kini trend menghias dan menjahit manik yang bertompok-tompok di atas kepala begitu popular sekali. Sebenarnya apakah hukumnya jika seseorang itu memakai tudung itu diluar rumah? Jika isteri benar-benar cakap nak berhias untuk suami, pakailah dirumah untuk suami lihat dan bukannya pakai di luar yang hanya akan menjadi tatapan mata lelaki-lelaki lain. Suami yang membiarkannya ialah suami dayus, jika suami dayus tempatnya ialah bukan lagi di Syurga tapi di Neraka. Nauzubillah. Minta di jauhkan.

Begitu juga ketika dalam membeli pakaian. Ada jubah yang dijual dengan harga yang mahal. Dan sekarang, ‘trend’ memakai jubah bukan lagi dikatakan sebagai fesyen muslimah kerana Jubah muslimah kini sudah banyak dicemari dengan unsur-unsur dosa.

Apa guna pakai jubah , jika materialnya daripada kain yang jenis melekat. Bila disarung pada tubuh, maka terbonjol keluarlah segala aset-aset yang ada. Jika di pandang daripada belakang, bentuk seluar dalam juga kelihatan. Urat-urat baju dalam dan coli juga jelas timbul. Jika di pandang dari depan, saiz baju dalam dapat dibaca dengan jelas, paras seluar dalam juga boleh dilihat berada di mana, sampaikan punggung gadis itu masih berdara atau tidak juga mampu dinilai oleh sesetengah orang.

Peplum adalah fenomena baru. Tidak salah pakai baju peplum. Tapi buatlah peplum yang besar dan longgar, bukannya terus mengikut badan dan bukan juga daripada kain yang melekat.

Justeru itu wanita diwajibkan menutup aurat dengan sempurna untuk menjaga kehormatan wanita sendiri demi mengelakkan dari fitnah yang memandang. Contohnya lelaki yang bukan mahram apabila memandang akan mendapat 1 dosa sedangkan wanita yang menampakkan auratnya mendapat 2 dosa. Bayangkan satu hari itu saja, berapa banyakkah dosa yang telah kita buat? Bayangkan jika kita bertahun-tahun macam tu, setiap harinya menghimpun dosa, kita akan jauh dari rahmat dan hidayah Allah. Masyaallah.

Jika kita tidak mampu menjadi anak yang solehah atau juga isteri yang solehah, janganlah kerana kita, ibu dan bapa kita terhumban ke neraka, dan jangan juga kerana kita, suami kita nempah neraka sendiri.

Berpakaianlah mengikut syariat islam kerana itu lebih manis dan sempurna. Bergaya dan fesyen tidak salah, yang salah ialah mereka yang tidak mengikut panduan yang telah di tetapkan dalam islam. Berfesyenlah cara islam jika mahu selamat.

Kalau keluar ke mana-mana dengan pakai tudung labuh dan berpakaian yang longgar, ada juga mata-mata yang memandang, tapi mereka tak berani kacau, cuma lihat dari jauh saja. Andainya naik bas, jika kebetulan ada lelaki kat sebelah, mereka akan menjarakkan diri sikit.

Kesimpulannya, pakaian adalah perisai yang melindungi wanita. Selagi kita taat dengan suruhan ALLAH, selagi itu ALLAH akan menjaga kita. Berubahlah sebelum terlambat.

 

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.