Kiriman pada: Sat, Dec 24th, 2016

Berpegang Teguh Pada Nilai Yang Mengikat Erat Kita

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat Malaysia perlu berpegang teguh pada nilai-nilai murni yang mengikat erat mereka selama ini seperti sikap bertoleransi antara satu sama lain dan membantu golongan yang memerlukan.

Dalam perutusan Krismasnya, beliau berkata nilai-nilai itu didukung oleh penganut semua agama.

Dalam kenyataan menjelang sambutan perayaan itu esok, katanya: “Ini merupakan masa untuk menyerlahkan nilai-nilai yang menjadi pegangan penganut Kristian dan agama-agama yang lain – saling menghormati, sikap bertoleransi antara satu sama lain dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Ini merupakan nilai-nilai yang mengikat erat kita semua, untuk meraikan kekayaan dan kepelbagaian yang wujud di negara ini, bersama-sama,” kata Najib.

Perdana menteri turut mengucapkan ‘Selamat Menyambut Krismas’ kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu di tanah air atau di luar negara bersama-sama orang tersayang.

Katanya ia merupakan hari yang mengumpulkan dan menyatukan rakan dan anggota keluarga di seluruh negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.