Kiriman pada: Tue, Jul 29th, 2014

Berpesan Pesan Kearah Kebaikkan

Kongsi maklumat ini
Tags

* gambar sekadar hiasan.

* gambar sekadar hiasan.

Kuala Lumpur – Berpesan-pesan ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran, menjadi amalan yang dituntut dalam agama. Sudah menjadi tanggungjawab sesama insan, untuk saling menyampaikan ingatan dan nasihat agar boleh dijadikan panduan serta iktibar dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Umum mengetahui semua perkara boleh di jadikan ingatan yang kebiasaannya di musim perayaan mengenai etika di jalan raya dan juga panduan untuk menginggalkan kediaman untuk pulang ke kampong sahinggalah tentang kepentingan menjaga kesihatan dan diet seimbang.

Perlu tahu semua pihak tidak kira umur atau bangsa seharusnya memainkan peranan didalam menasihati diantara satu dengan yang lain, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri, sering mengingatkan masyarakat tentang segenap perkara dalam kehidupan selain menasihati penguna supaya berhati hati di jalan raya, Perdana Menteri turut mengajak masyarakat mengambil iktibar dari tragedi besar yang menimpa negara.

Antara yang di tuntut adalah kepentingan kesatuan dan sentiasa bersatu padu, Dalam memahami masudnya itu masyarakat perlu sedar kehilangan MH370 dan nahas MH17 banyak memberi pengajaran tentang perlunya rakyat Malaysia membina kekuatan menempuh pelbagai cabaran.

Kejayaan parlimen Malaysia didalam mencapai kesepakatan didalam usul MH17 pada Rabu yang lalu menjadi permulaan bermakna kepada perpaduan yang lebih jitu, Bercakap dalam soal berpesan pesan antara satu sama yang lain masyarakat diingatkan sentiasa mengambil segala langkah langkah keselamatan pada setiap masa.

Contohnya semasa meninggalkan kediaman masing masing untuk bercuti pada musim perayaan ini, bayangkan dengan hanya sedikit kealpaan yang boleh mengundang kesedihan apa tidaknya jika kediaman yang ditinggalkan menjadi kunjungan penjenayah, Dalam hal lain pula elok juga bab pemakanan diambil perhatian, kekalkan polar makanan seimbang selapas kita menjalani puasa di Bulan Ramadan, Elakkan mengambil makan yang banyak secara mengejut, kerana ia boleh mengundang masaalah kesihatan.

Masyarakat perlu percaya untuk mengikis sikap suka berlebih lebihan tidak sukar, apa yang perlu ialah membudayakan amalan kesederhanaan, apatah lagi negara sekarang ini sedang di rundung duka dengan tragedi MH370 juga MH17 serta penindasan regim zeonis keatas penduduk Gaza, Dengan mengenang peristiwa yang berlaku mungkin sedikit sebanyak boleh menjadi iktibar buat kita untuk terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, bukan cuma tunggu musim perayaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.