Kiriman pada: Sun, Jul 5th, 2015

Bersatu Dan Tolak Fahaman Extremis

Kongsi maklumat ini
Tags

Screenshot 07-05Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi gesaannya kepada rakyat Malaysia supaya bersatu dan dengan tegas menolak fahaman ekstremis.

Beliau berkata terlalu banyak contoh apabila nama Islam telah disalah guna untuk menjustifikasikan kezaliman yang dilakukan termasuk kanak-kanak dibunuh, wanita dirogol dan sekolah musnah.

“Kita mesti menamatkan semua ini. Kekejaman ini memusnahkan nama baik Islam, menjustifikasikan tindakan kejam mereka dengan berselindung di bawah konsep jihad yang disalah guna.

“Kekejaman ini juga telah memusnahkan kehidupan ramai – kanak-kanak yang tidak inginkan apa-apa tetapi kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka dan menerima pendidikan seperti kanak-kanak lain di tempat lain di dunia, golongan dewasa yang tidak mengharapkan apa-apa tetapi untuk mendapat rezeki untuk diri sendiri dan orang tersayang,” kata Najib menerusi cacatan terbaru dalam blog beliau, www.najibrazak.com.

Menurutnya beliau percaya jalan kesederhanaan ini tidak pernah menjadi pilihan bagi mana-mana individu, sama ada dalam pertuturan dan tingkah laku, tetapi satu keperluan untuk berjaya dalam hidup dan ramuan yang kritikal untuk Malaysia menjadi negara moden dan progresif.

Datuk Seri Najib berkata bahawa konsep kesederhanaan tidak wujud semata-mata dalam domain sekular, malah, katanya, ia telahpun dijelaskan dalam Al-Quran.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.