Kiriman pada: Tue, Aug 25th, 2015

BERSIH 4.0 pertubuhan haram

Kongsi maklumat ini
Tags

T06414PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri mengesahkan BERSIH 4.0 adalah sebuah pertubuhan haram dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan itu pada 29 dan 30 Ogos ini. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata siasatan oleh kementerian itu mendapati BERSIH 4.0 bergiat secara secara tidak sah. Malah, katanya, kumpulan itu mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan. “BERSIH 4.0 juga menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan. “Pertubuhan itu juga menerusi pelbagai kegiatannya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara, malah menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.