Kiriman pada: Tue, Aug 4th, 2015

Bersyukur Dengan Ujian

Kongsi maklumat ini
Tags

gjfgHati kita terlalu lemah, rapuh dan mudah putus asa bila ALLAH uji. Dan diri kita jugak mula berkata yang “ALLAH tidak menyayangi diri ku”. ALLAHU. Jangan pernah rasa sedemikian. Didik hati untuk sentiasa tabah dan cekal dengan segala nikmat dan ujian yang terjadi. Ingat, apa jua musibah menimpa kita… Baik sakit, sedih, kesusahan. Bahkan tersusuk duri pun akan jadi penebus dosa kita.

Bila mana ALLAH bagi ujian, mulalah diri kita, hati kita, mula meletakkan pelbagai persoalan yang berbunyi..“Kenapa ALLAH pilih diri ini?” “Hati ini tidak kuat.” “Diri ini mudah berputus asa dengan ujian sebegini.” Kenapa persoalan ini yang akan dikeluarkan? Sebab.. Kita tak pernah bersyukur dengan apa yang terjadi. Dan kita tak pernah ajar hati untuk beristiqamah dalam bersyukur dengan apa yang ALLAH bagi.

Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada ALLAH AZZA WA JALLA. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari ALLAH AZZA WA JALLA.

Dan bersabarlah! Kerana ALLAH bersama-sama orang yang sabar!
”Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya ALLAH bersama-sama orang yang sabar.” [al-Baqarah: 153]

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.