Kiriman pada: Wed, Aug 31st, 2016

Biadap Hadis Nabi Di Punggung Haiwan

Kongsi maklumat ini
Tags

bear2-1Tanpa rasa segan dan silu pihak yang sepatutnya merasa malu dengan perbuatan tersebut, tetapi tidak menganggapnyanya sesuatu yang serius walaupun melibatkan sensiviti agama sesuatu kaum yang lain terutama umat Islam.

Perkara seperti ini sudah pasti mendatangkan perasaan yang tidak senang kepada rakyat yang berbilang kaum, kejadian menghina agama bukanlah sesuatu yang baharu di negara ini, tetapi kini semakin menjadi-jadi terutama di negeri dibawah pentadbiran pembangkang di Pulau Pinang.

Di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang sebuah kawasan tumpuan pelancung bukan sahaja dari dalam negara malah dari pelancung dari luar kerana ianya mempunyai nilai sejarah selain pemandangannya yang cantek.

Tetapi kini telah dicemarkan dengan pembinaan dua buah patung beruang berwarna emas yang telah dicetak potongan hadis Rasullulah S.A.W. disamping petikan kata-kata hikmah agama lain dibahagian pungung haiwan tersebut, perkara ini cukup tidak disenangi bukan sahaja penduduk tempatan ianya juga turut dikecam oleh pelancung yang datang ke taman bersejarah tersebut.bear

“Tidak beriman seseorang antara kamu sehinggalah dia sanggup mengasihani saudaranya sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri.” petikan hadis ini digunakan dengan tujuan untuk menyebarkan fahaman liberal pluralisme yang kini sedang di kembangkan oleh pihak-pihak tertentu.

Konon untuk menunjukkan semua manusia ini adalah sama sedangkan maksud hadis berkenaan adalah perhubungan sesama umat Islam dan bukannya dengan mereka yang menentang ajaran Nabi Muhamad S.A.W. dan ia bukan membawa makna kesamaan dalam beragama.

Sebelum ini ditempat yang sama juga pernah dibina permainan kanak-kanak yang berbentuk haiwan babi, dan pembinaan ini telah pun mendapat bantahan keras dari penduduk setempat yang memaksa permainan tersebut di musnahkan, kini mereka melakukan lagi dengan pembinaan patung berupa haiwan beruang yang di cetak petikan hadis.
bear1

Pembinaan dan penempatan patung serta permainan yang bertujuan untuk menghina sesuatu agama lain terutama di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai sudah pasti mendatangkan tanda tanya adakah kerajaan negeri mempunyai agenda tersembunyi untuk mempersendakan agama Islam di negeri yang tadbir uruskan oleh pembangkang.

Jika tidak bagaimana pembinaan patung tersebut mendapat kelulusan dari pihak bertangungjawab ia ini Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan mendapat pengesahan pengunaan hadis oleh pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Tindakan mempersendakan hadis dan apa sahaja yang berkaitan agama atau mahu menyamaratakan fahaman beragama perlulah mendapat perhatian pihak-pihak yang berwajib, kerana kita tidak mahu orang Melayu dan Islam terkeluar dari landasan akidahnya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.