Kiriman pada: Wed, Oct 12th, 2016

Biar Bersalin Kulit Asal Jangan Jadi Munafik

Kongsi maklumat ini
Tags

bersalinkulitUndur Mahathir Undur!!! … Undur Mahathir Undur!!! … Undur Mahathir Undur!!!, begitulah laungan padu sekumpulan manusia yang mengelar diri mereka kumpulan Reformasi yang di pimpin oleh Anwar Ibrahim selaps di pecat dari UMNO dan juga sebagai Timbalan Perdana Menteri, bermula dari sini maka tertubuhnya Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya di tukar menjadi Parti Keadilan Rakyat.

Aktiviti mereka pada ketika itu hanya mahu menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Tun Mahathir Muhamad yang menjadi Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, hampir saban hari laungan ‘undur Mahathir’ dan reformasi kedengaran diserata tempat dan cerok rantau di tanah air di Malaysia malah terbawa-bawa hingga keluar negara.

Natijahnya Terengganu telah jatuh ke tangan pemerintahan pembangkang ia ini parti PAS, ramai yang bertanya mengapa Anwar tidak menyerti parti PAS kerana imej islam yang beliau bawa tetapi memberi tumpuan kepada parti Keadilan maka jawapannya ialah PAS tidak mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan dari segi kepimpinan tetapi mempunyai jentera kerja yang totok maka mudah untuk di pergunakan, buktinya PAS hanya berjaya mentadbir negeri Terengganu hanya untuk sepenggal sahaja dan rakyat Terengganu kembalikan semula kepada kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi hari ini Mahathir yang pernah di kecam kerana kezalimannya telah cuba meniru apa yang telah dilakukan oleh Anwar sewaktu di pecat, jika dahulu PAS yang mengambil kesempatan dalam isu Anwar, Mahathir pula cuba menguna dan menumpang pengaruh DAP untuk menjatuhkan kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi Perdana Menteri, dengan apa sahaja alasan, biar pun beribu, Mahathir tidak mampu menjadikan dirinya sama seperti Anwar yang sentiasa mendapat sokongan rakyat marhaen.

Malah pemimpin PAS juga masih berhati hati dengan mainan Mahathir kerana PAS mempunyai pengalaman pahit ketika dihina oleh Mahathir, seperti yang diperkatakan awal tadi ahli PAS mudah dipergunakan, mereka lebih mudah menyertai aktiviti parti DAP dari bersama dengan Mahathir sahingga tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu, boleh dikira dengan jari akan kehadiran ahli PAS di setiap ceramah Mahathir.

Biarpun menghadirkan panglima perang parti Pribumi seperti Muhyiddin dan Mukhriz sambutan tidaklah seperti ketika era reformasi Anwar, malah kehadiran pemimppin PAS juga hanya yang baru mahu menumpang dan mencari populariti sahaja, bagi yang telah bernama menghadirkan diri ke program Mahathir adalah seperti mencurahkan cuka di tempat yang sedia luka.

Tidak mudah mungkinnya pemimpin PAS mahu melupakan penghinaan yang dbuat oleh Mahathir terhadap pemimpin PAS ketika ianya berkuasa dahulu, malahan ramai pemimpin mereka di tahan di bawah ISA atas alasan mereka menjalankan aktiviti yang boleh memudaratkan negara, tetapi ketika ini apa yang pernah di lakukan oleh pemimpin PAS terdahulu kini dilakukan juga oleh Mahathir dan kumpulannya, tidak pulak di tangkap dan disumbatkan ke pusat tahanan tidak kiralah dibawah akta apa pun dengan alasan aktiviti yang boleh memudaratkan negara.

Yang paling bergembira hari ini ialah parti DAP yang pernah di gelarkan parti yang paling resis oleh Mahathir suatu ketika dahulu, tetapi pemimpin DAP tidak pernah ambil peduli akan apa pun sejarah Mahathir kerana pada mereka inilah peluang yang ada untuk mereka menjahanamkan parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional setelah usaha mereka bersama ‘Ku Li’ melalui ‘Gagasan Rakyat’ serta bersama Anwar melalui ‘Pakatan Rakyat’ gagal menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional.

DAP seperti kembali bernafas sebaik sahaja Mahathir menghulurkan tangan untuk bekerja sama dengan mereka bagi menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak, setelah mereka hampir kelaut setelah beberapa negeri yang berjaya mereka tawan dapat kembali kepada Barisan Nasional, dan dalam usaha memecahbelahkan UMNO mereka kehilangan parti yang mempunyai jentera kerja yang boleh di cucuk hidung ia ini parti PAS, walaupun mendapat ganti apabila serpihan parti PAS ia ini parti Amanah (PAN) menyertai pakatan yang dicipta oleh DAP, tetapi keyakinan mereka untuk mengugat UMNO ada sedikit longgar sahingga Mahathir menyertai mereka melalui parti Pribumi.

Ini lah rupa manusia hipokrik yang suatu ketika dahulu berdiri teguh kerana dipertahankan oleh orang MNO terhadap presidennya, tetapi hari ii mengkhianati rakan-rakan yang kini menjadi pemimpin parti yang pernah Mahathir kepalai dahulu, ketika Mahathir diserang dirinya beruntung kerana taksubnya ahli UMNO terhadap dirinya sahingga apa sahaja yang keluar dari mulut Mahathir ianya serupa wahyu yang datang dari Allah yang tidak boleh di bantah, jika dibantah maka tunggulah padahnya.

Malah mahathir sendiri pernha mengungkapkan bahawa dirinya diserang bukan kerana beliau bernama Mahathir Bin Muhamad tetapi adalah kerana beliau adalah pemimpin UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, siapa sahaja yang duduk kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan menerima nasib yang sama.

Cuma kejangalan kepada Dato’ Seri Najib ialah ianya di tentang oleh orang yang pernah menjadi peneraju dan boss kepada ahli UMNO sendiri, cakap tidak serupa bikin, itulah ungkapan yang selayaknya boleh diberikan kepada Mahathir atau lebih tepat sebagai seorang Munafik, seperti yang kita ketahui orang munafik ini adalah mereka yang terlalu angkuh dan sombong ketika bercakap, selalu menampilkan diri kononnya dia sahajalah yang perlu dimuliakan, hebat, berwawasan luas dan dia sahajalah yang bijak.

Nabi Muhamad S.A.W. pernah bersabda bahawa ciri orang munafik ini ialah ‘apabila bertengkar atau berbalah, dia melampau’, menceritakan keburukan orang lain dengan jalan fitnah di kalangan orang ramai supaya orang ramai membenci atau memusuhinya juga merupakan ciri-ciri seorang yang munafik, mengada-adakan cerita tanpa fakta dan usul periksa juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan telah melakukan dosa-dosa besar yang tidak disedari oleh Mahathir.

Berok jika bertukar kulit pun pastinya tidak akan menjadi munafik kerana beruk tidak pandai berbohong dan berpura-pura.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.